Apabila Anda sudah seronok dengan kerja Anda, suka bekerja (bukan suka dipaksa-paksa semata-mata sebab putus cinta atau sebab terdesak) dan seronok melakukan tugas-tugas Anda, sedar tak sedar keseronokan itu akan membuat gaji Anda naik walaupun Anda tak minta. Dari segi spiritual, sesuatu kerja yang dilakukan dengan penuh keseronokan dan keghairahan, ia akan mempengaruhi tahap ganjaran dalam bentuk fizikal. Dalam kes ini, ia adalah duit gaji. Cuba ambil contoh lain, dalam perniagaan misalnya kerana dunia perniagaan penuh dengan pelbagai keadaan yang tak menentu, berbanding dengan dunia pekerjaan. Jika Anda seronok berniaga, seronok menjual sesuatu dan seronok mencipta produk baru, serta merta pendapatan Anda akan naik. Kemudian, kenaikan itu akan menjadikan Anda makin seronok lalu Anda terdorong untuk mencipta dan menjual banyak lagi produk-produk baru.
Bila mendapat semakin banyak untung, ia akan memotivasikan Anda, mendorong Anda untuk mencipta dan menjual lebih banyak produk, semakin banyak dari yang sebelumnya. Anda sudah tidak kisah dengan jumlah untung yang banyak itu kerana Anda cukup seronok menjual sesuatu dan Anda juga seronok mencipa produk baru. Orang berniaga sepatutnya kena seronok berniaga terlebih dulu tanpa memikirkan soal duit, kerana duit tetap akan dapat bila sudah berjaya menjual sesuatu sama ada menjual barang, menjual maklumat atau menjual perkhidmatan. Keseronokan akan mula hilang perlahan-lahan apabila Anda bekerja atau berniaga semata-mata kerana duit, melakukan sesuatu kerana duit, atau terdorong mengusahakan sesuatu kerana ia mendatangkan duit, banyak pula datangnya.
Mulai saat ni, sama-samalah kita ingat mengingati. Dahulukan minat dari duit, pentingkan keseronokan dari ganjaran kerana ganjaran yang banyak akan timbul secara automatik bila Anda keseronokan yang juga banyak. Biarkan diri Anda jadi terlalu seronok, terlalu minat, terlalu ‘angau’ dengan sesuatu pekerjaan sehinggakan Anda macam dah tak kisah soal duit, untung, atau gaji. Saranan ini sesuatu yang berbaloi untuk Anda cuba keberkesananya.